Percayalah vacation without plan lagi bagus daripada plan and et the end tidak menjadi.
Apa yang pasti masa depan yang cerah haruslah di mulai dengan perancangan yang rapi dan boleh dikategorikan sempurna, agar masa depan terjamin biarpun ada risiko untuk gagal tapi
sekurang-kurangnya kita sudah buat yang terbaik.
Menangis di belakang hari tidak berguna sekiranya kita buat sambil lewa.
Memang tidak ada guna menyesal apabila nasi sudah menjadi bubur tapi itulah lumrah manusia. Belajar daripada kesilapan dan kegagalan.
Itulah diri saya. Tapi still tidak pandai berubah-ubah huhu!
Saya hanya ingin kedepan dan tidak akan menoleh lagi. Ini pilihan saya, dan saya tidak pernah menyesal. Tuhan itu adil dan sudah pasti Dia tidak akan memberi cobaan melebihi daripada kemampuan hambanya.
Oleh kerana saya kuat dan tabah, sekarang saya masih mampu ketawa dan melangkah biarpun terasa sangat terbeban dan ya! saya kuat. Terima kasih Tuhan Yesus.
Saya akan terus bersyukur biarpun ianya sukar dan sangat berbelit-belit.
Kesukaran adalah proses menuju kejayaan dan pembentukan mental dan fizikal yang kuat dan tabah.
Sesuatu yang indah tidak akan datang dengan mudah.
Amen, dalam nama Yesus.
No comments:
Post a Comment