Thursday, 15 October 2015

15 oct 2015

Sesuatu yang indah tidak akan datang dengan mudah. Perjalanan yang dilalui penuh dengan liku dan duri yang kadangkala membuatkan kita manusia biasa, tersungkur, disakiti, rasa terhina, rendah diri dan terasing.

Jangan pernah menyesali. Kerana itu semua adalah proses pembentukan pribadi yang kuat dan kalis.

Tidak semua manusia merasai dan mengalami apa yang kita alami. Jangan bandingkan apa yang anda miliki dan apa yang insan lain tidak miliki.

Pasti ada perbezaan. Kerana Tuhan mencipta kita juga berbeza sifat dan bentuk. Tetapi di mata Dia(Tuhan) kita tetap sama. Cuma dia mata sesama manusia kita kelihataan berbeza.

Jangan menghakimi.Kita bukan orang yang layak.

Saling mendoakan itu yang terbaik.


No comments:

Post a Comment