Sekadar perkongsian... Untuk adik2 yang plan nak mendirikan rumah tangga.
...Cinta sebelum kahwin??? hingga sampai ke alam perkahwinan..
Setiap insan akan melalui perjalanan yang berbeza...Jangan risau tetapi teruslah berdoa semoga kebahagian itu akan berterusan dan sentiasa menjadi milik kita.
Mungkin tempoh perkenalaan yang terlalu lama akan membuatkan kita lebih mengenali antara satu sama lain dengan lebih terperinci tetapi ada juga yang sebaliknya... Pepatah ada mengatakan yang
"Cinta itu buta". Ya sememangnya cinta itu buta apabila kita leka dengan kebahagian yang mungkin hanya sementara...
Masa yang berputar dan hari yang berganti membuat hati ini bijak berbicara dan bertanda tanya di dalam diam.
Bertahanlah dalam kepedihan dan kuat lah dalam kesabaran....
"Kusangka panas sampai ke petang rupa-rupanya hujan di siang hari"
Dulu semuanya indah dan penuh dengan kemaafan dan timbang rasa ... tapi seiring waktu berputar keindahan itu bertukar ganas dan kian panas.
Cinta tidak pernah berkurang tetapi rasa sakit yang terlakar hari demi hari membuat hati ini semakin tawar dengan ucapan kemaafan. Tuhan beri saya kekuatan.
Jangan biar hati ini berdarah banyak.
Tuhan kuatkan hati ini untuk terus melakar kebahagian.
Dalam perkahwinan. Bukan hanya cinta yang diperlukan tetapi rasa saling menghormati, saling berkongsi, saling menolong dan saling menyokong dalam segala keputusan yang pasangan kita putuskan adalah yang utama.
Apabila kita mampu untuk melengkapi kiteria ini , puji Tuhan bahagia itu tidak akan pernah sesat jalan.
...............................Terima Kasih kerana membaca.
No comments:
Post a Comment